Masyarakat (sebagai terjemahan
istilah society) adalah sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem semi
tertutup (atau semi terbuka), dimana sebagian besar interaksi adalah antara
individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Lebih abstraknya, sebuah
masyarakat adalah suatu jaringan hubungan-hubungan antar entitas-entitas.
Masyarakat adalah sebuah komunitas yang interdependen (saling tergantung satu
sama lain). Umumnya, istilah masyarakat digunakan untuk mengacu sekelompok
orang yang hidup bersama dalam satu komunitas yang teratur.
Masyarakat (society) merupakan
istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal
bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan
perhubungan antara berbagai individu. Dari segi perlaksaan, ia bermaksud
sesuatu yang dibuat – atau tidak dibuat – oleh kumpulan orang itu. Masyarakat
merupakan subjek utama dalam pengkajian sains sosial.
Perkataan society datang
daripada bahasa Latin societas, “perhubungan baik dengan orang lain”. Perkataan
societas diambil dari socius yang bererti “teman”, maka makna masyarakat itu
adalah berkait rapat dengan apa yang dikatakan sosial. Ini bermakna telah
tersirat dalam kata masyarakat bahawa ahli-ahlinya mempunyai kepentingan dan
matlamat yang sama. Maka, masyarakat selalu digunakan untuk menggambarkan
rakyat sebuah negara.
Walaupun setiap masyarakat itu
berbeda, namun cara ia musnah adalah selalunya sama: penipuan, pencurian,
keganasan, peperangan dan juga kadangkala penghapusan etnik jika perasaan
perkauman itu timbul. Masyarakat yang baru akan muncul daripada sesiapa yang
masih bersama, ataupun daripada sesiapa yang tinggal.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar